Saturday, 28 February 2015

PENGAJARAN DARIPADA ZAMAN PENJAJAHAN SEHINGGA MENCAPAI KEMERDEKAAN

       Tanpa kita sedari atau tidak, disebalik peristiwa sejarah yang berlaku di negara terdapat nilai-nilai murni yang sangat berguna untuk kita jadikan pengajaran dan sempadan juga baik untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian kita. Malaysia yang telah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun telah menyimpan banyak peristiwa sejarah yang perlu dihayati dan dipelajari oleh generasi masa kini. Sesungguhnya nilai-nilai murni memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan pada hari ini agar ia mampu memberikan keamanan dan kesejahteraan negara, agama dan bangsa.
       Dalam peristiwa sejarah negara, begitu banyak peristiwa yang menunjukkan betapa pentingnya taat setia kepada pemerintah dan negara. Dalam Sejarah Melayu, kita dapat melihat rakyat Melaka pada waktu itu tidak kira muda, tua, cacat, rakyat biasa, hamba semuanya taat kepada pemerintah. 
       Peristiwa sejarah juga telah meninggalkan satu lagi nilai yang penting untuk kita amalkan pada hari ini iaitu jatidiri sebagai warganegara. Persoalan mengenai jati diri sangat penting khususnya pada abad ini yang mana arus globalisasi boleh menghakis jati diri kita sebagai seorang warganegara yang beragama Islam dan mengamalkan adat istiadat serta budaya Melayu akan terhakis bila-bila masa.
     Konsep tolak ansur dalam Sejarah Malaysia dapat kita lihat semasa parti UMNO, MIC dan MCA bergabung dan membentuk parti Perikatan. Semasa dalam Perikatan ketiga-tiga parti ini telah bersama-sama bertolak ansur dalam perkara mengenai Perlembagaan.