Friday 6 March 2015

MUKADIMAH

 Setiap tahun pada tarikh 31 Ogos Negara Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan. Sebagai generasi yang lahir selepas kemerdekaan, kita sepatutnya bersyukur dengan nikmat keamanan yang telah Tuhan beri kepada  negara kita Malaysia. Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan antaranya ialah mengalami penjajahan daripada kuasa-kuasa  asing seperti British, Jepun, Belanda dan Portugis.
   Penjajahan Portugis merupakan kuasa barat yang pertama datang ke Tanah Melayu. Pada awalnya, mereka datang dalam tahun 1059 ke Melaka dengan tujuan menjalankan perniagaan disamping menjalinkan persahabatan dengan kerajaan-kerajaan Melayu. Kuasa barat yang seterusnya memulakan penjajahan di Tanah Melayu ialah Belanda. Selama beratus-ratus tahun Belanda menjajah bukan sahaja di negeri Semenanjung Tanah Melayu, malahan di seluruh kepulauan Melayu yang lain. Maka British tertarik dengan potensi pembangunan ekonomi di Tanah Melayu  lalu memulakan penjajahan dan berjaya mengambil alih Melaka daripada tangan Belanda melalui Perjanjian Pertukaran Wilayah pada tahun 1824.
   Pada bulan Disember 1841 Inggeris Berjaya dikalahkan oleh Jepun yang muncul sebagai kuasa Timur yang paling kuat.. Jepun mula memerintah negara kita dari 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945. Jepun menyerah kalah akibat pengeboman Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika Syarikat. Lalu Inggeris datang semula ke Tanah Melayu setelah tentera bersekutu berjaya mengalahkan Jepun.

Penentangan terhadap Malayan Union
Kuasa Penjajahan Portugis

Strategi Penjajah Jepun memasuki Tanah Melayu


   Beginilah bersilih ganti kuasa-kuasa asing menjajah Semenanjung Tanah Melayu sebelum kita mendapat kemerdekaan.







31 Ogos 1957 | Tanah Melayu Merdeka

Thursday 5 March 2015

OBJEKTIF KAJIAN


 1) Menjelaskan wujudnya proses penjajahan di negara yang berlaku akibat kemasukan negara negara      asing

 2) Membincangkan bentuk pentadbiran penjajah-penjajah yang diaplikasikan di dalam negara sehingga  menjejaskan pentadbiran yang sedia ada.

 3)Huraian mengenai semangat penentangan terhadap penjajahan serta menilai kesan-kesan penjajahan tersebut.

Wednesday 4 March 2015

Kaedah Kajian


    Terdapat dua kaedah kajian yang telah digunakan bagi melaksanakan kajian ini , iaitu kaedah perpustakaan dah kaedah lapagan . Kaedah kajian perpustakaan merupakan sumber primer bagi mendapatkan maklumat berkaitan zaman penjajahan di tanah melayu .Maklumat tersebut telah didapati dari perpustakaan Politeknik Nilai. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar , majalah dan sebagainya bagi menguatkan lagi kajian ini. Laman web ilmiah dan blog , merupakan sumber skunder dengan memuat turun bahan dari laman web sebagai  tambahan untuk rujukan.
   
 Kaedah kajian yang kedua ialah Kaedah lapangan ,kaedah ini digunakan dengan cara menyediakan borang soal selidik sebanyak 30 set borang soal selidik dan diedarkan kepada setiap responden seramai 30 orang yang menetap di KAMSIS blok Jati aras 4.Setelah diedarkan ,borang tersebut  dikumpul semula sejurus sahaja selesai diisi dengan lengkap. Masa yang diberi bagi mengisi borang tersebut adalah selama 10 minit setiap seorang. Dengan cara ini kami dapat mengumpul maklumat dengan lebih terperinci dan tepat tentang kajian .




Tuesday 3 March 2015

PENYATAAN MASALAH


1)Untuk mengenalpasti dan menyatakan isu atau masalah sebenar yang berlaku semasa zaman penjajahan

2)Mendapatkan kesahihan sesuatu fakta sejarah silam Tanah Melayu semasa zaman penjajahan



3)Memupuk semangat cintakan tanah air kepada penghuni kamsis Politeknik Nilai

Monday 2 March 2015

Batasan kajian

      Kajian ini dilakukan keatas penghuni kamsis blok Jati aras 4  yang mempunyai populasi seramai 75 ( 100% ) . Jumlah keseluruhan populasi responden seramai 75 orang ( 100% ) . Dalam kajian ini seramai 30 ( 40% ) diambil sebagai sample .





Kepentingan kajian



     Pentingnya kajian ini kerana penghuni KAMSIS Politeknik Nilai  pada masa kini semakin alpa tentang sejarah yang terdapat di Malaysia. Justeru itu ,kajian ini dapat meningkatkan serba sedikit nilai kesedaran di setiap penghuni KAMSIS Politeknik Nilai tentang sejarah Malaysia. Selain itu, kajian ini boleh memberi rujukan kepada setiap institusi-institusi yang terdapat di Malaysia bagi mendapatkan maklumat tentang sejarah Zaman Penjajahan Tanah Melayu. Akhir sekali, kajian ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat tentang sejarah silam Malaysia dan menerapkan semangat patriotism dalam diri masing-masing.

Sunday 1 March 2015

DAPATAN KAJIAN

BAHAGIAN B: Menjelaskan wujudnya proses penjajahan yang berlaku di Negara akibat kemasukan Negara-negara asing.




Berdasarkan soal selidik yang telah kami kaji seramai 30 orang penghuni kamsis Jati aras 4 telah terlibat dalam proses soal selidik ini. Hasil daripada jawapan yang diperolehi daripada respondan ,kami mendapati bahawa bilangan yang menjawab (S) pada soalan 1 ialah 5 orang. Pada soalan 2 respondan yang menjawab (S) ialah 21orang, Soalan 3 kami mendapati bahawa bilangan (S) yang dijawab oleh responden ialah 17orang. Seterusnya soalan 4 bilangan yang menjawab (S) ialah 11 orang  dan soalan terakhir ialah soalan 5 kami mendapati bilangan yang menjawab (S) ialah 11orang. Hasil daripada pemerhatian kami, kami mendapati bahawa penghuni kamsis Jati aras 4 memahami proses penjajahan yang berlaku akibat kemasukan Negara-negara asing .




BAHAGIAN C: Membincangkan bentuk pentadbiran penjajah-penjajah yang diaplikasikan di dalam Negara sehingga menjejaskan pentadbiran yang sedia ada




Berdasarkan soal selidik yang telah kami kaji seramai30 orang penghuni kamsis Jati aras 4 telah terlibat dalam proses soalselidik ini. Hasil daripada jawapan yang diperolehi kami mendapati bahawa bilangan respondan yang menjawab setuju pada Soalan 1 ialah 15orang, Seterusnya pada soalan 2 seramai 20 orang yang menjawab setuju. Pada soalan 3 merujuk kepada graf seramai 7 orang yang menjawab setuju. Soalan 4 seramai 15 orang pelajar yang menjawab setuju. Pada soalan 5 seramai 11 orang yang menjawab setuju. Kesimpulanya, hasil daripada soalselidik ini menunjukkan penghuni kamsis Jati aras 4 dapat mengenalpasti bentuk pentadbiran penjajah-penjajah yang diaplikasikan di dalam Negara sehingga menjejaskan pentadbiran yang sedia ada.



BAHAGIAN D: Huraian mengenai semangat penentangan terhadap penjajahan dan menilai kesan-kesan penjajahan tersebut





Berdasarkan soal selidik yang telah kami kaji seramai 30 orang penghuni kamsis Jati aras 4 telah terlibat dalam soal selidik ini. Hasil maklum balas daripada borang soal selidik ,kami mendapati bahawa bilangan respondan yang memberikan maklum balas setuju pada soalan 1 seramai 11 orang. Seterusnya pada soalan 2 seramai 14 orang menjawab setuju. Pada soalan 3 merujuk ke pada graf seramai 10 orang menjawab setuju. Soalan 4 seramai 11 orang pelajar yang menjawab setuju. Pada soalan 5 seramai 7 orang yang menjawab setuju. Kesimpulanya, hasil daripada soal selidik ini menunjukkan penghuni kamsis Jati aras 4 dapat menyelami semangat penentangan terhadap penjajahan dan dapat menilai secara baik kesan kesan penjajahan tersebut.