MUKADIMAH
Setiap tahun pada tarikh 31 Ogos Negara
Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan. Sebagai generasi yang lahir selepas
kemerdekaan, kita sepatutnya bersyukur dengan nikmat keamanan yang telah Tuhan
beri kepada negara kita Malaysia.
Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku sebelum Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan antaranya ialah mengalami penjajahan daripada kuasa-kuasa asing seperti British, Jepun, Belanda dan
Portugis.
Penjajahan Portugis merupakan kuasa barat
yang pertama datang ke Tanah Melayu. Pada awalnya, mereka datang dalam tahun
1059 ke Melaka dengan tujuan menjalankan perniagaan disamping menjalinkan
persahabatan dengan kerajaan-kerajaan Melayu. Kuasa barat yang seterusnya
memulakan penjajahan di Tanah Melayu ialah Belanda. Selama beratus-ratus tahun
Belanda menjajah bukan sahaja di negeri Semenanjung Tanah Melayu, malahan di
seluruh kepulauan Melayu yang lain. Maka British tertarik dengan potensi
pembangunan ekonomi di Tanah Melayu lalu
memulakan penjajahan dan berjaya mengambil alih Melaka daripada tangan Belanda
melalui Perjanjian Pertukaran Wilayah pada tahun 1824.
Pada bulan Disember 1841 Inggeris Berjaya
dikalahkan oleh Jepun yang muncul sebagai kuasa Timur yang paling kuat.. Jepun
mula memerintah negara kita dari 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945.
Jepun menyerah kalah akibat pengeboman Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika
Syarikat. Lalu Inggeris datang semula ke Tanah Melayu setelah tentera bersekutu
berjaya mengalahkan Jepun.
Penentangan terhadap Malayan Union
Kuasa Penjajahan Portugis
Strategi Penjajah Jepun memasuki Tanah Melayu
No comments:
Post a Comment